MY GROUP

DUB1012- PENGAJIAN MALAYSIA
SESI : JUN 2018
TAJUK : PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC
NAMA PENSYARAH :
PUAN WAHIDA BT MAT SAID
NAMA ALI KUMPULAN :
NO. NAMA NO. PENDAFTARAN 1 INTAN NUR AZREENA BT JAMALUDDIN 02DEP18F1040 2 NAYLI AMILIA BT ZAMILY NUR 02DEP18F1041 3 SITI NUR SOFIA BT AZMI 02DEP18F1042 4 ALYA SYAUQINA BT AHMAD HISHAMUDDIN 02DEP18F1006 5 NURUL AYLA BT MANSOR 02DEP18F1009
ISI KANDUNGAN
1.0 - PENGENALAN
2.0 - OBJEKTIF
3.0 - KEANGGOTAAN OIC
4.0 - PERANAN MALAYSIA
5.0 - SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC
6.0 - STRUKTUR INSTITUSI
7.0 - SIDANG KEMUNCAK KETUA-KETUA NEGARA
DAN KERAJAAN OIC
8.0 - PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI LUAR OIC
9.0 - KESIMPULAN
10.0 - LAMPIRAN
11.0 - RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation Of Islamic (OIC) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pertubuhan Persidangan Islam ialah merupakan organisasi yang kedua terbesar antara kerajaan lain selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini mempunyai keanggotaan sebanyak 57 negara tersebar di empat benua. Pertubuhan kerjasama Islam atau (OIC) adalah merupakan suara kolektif dunia Islam yang diwujudkan bagi memastikan, menjaga dan melindungi kepentingan dunia Islam daripada penindasan. Hal ini demikian juga, dapat memupuk semangat yang dapat menggalakkan keamanan dan keharmonian antarabangsa di kalangan pelbagai penduduk dunia.
Selain itu, antara Bahasa rasmi yang digunakan dalam
organisasi ini adalah daripada Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis.
Bermula pada 18 Jun 2011, organisasi ini menukarkan namanya
daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan
Kerjasama Islam. Oleh itu, tertubuhnya Negara-Negara Islam (OIC) iaitu pada 25 September 1969 iaitu bersamaan 12 Rejab 1389 H yang bersempena persidangan dunia Islam yang pertama yang berlangsung di Rabal iaitu merupakan ibu negara Maghribi. Pada ketika itu juga, memuncaknya serangan ganas di Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Malah disebabkan tindakan biadab daripada puak Zionis, itu telah mendorong para pemimpin Islam untuk menubuhkan sebuah penubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kempentingan umat Islam dalam pelbagai bidang di serantau dunia.
2.0 OBJEKTIF
► Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota.
► Dapat menyelaraskan kerjasama di kalangan negara anggota yang terbahagi dalam bidang ekonomi, social , budaya , saintifik dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai bidang lain yang juga dianggap penting serta dapat mengatur rundingan di kalangan negara anggota terhadap pertubuhan antarabangsa.
► Menghapuskan penindasan , perbezaan kaum serta penjajahan dalam pelbagai bentuk.
► Mengambil langkah bagi menyokong usaha yang dilakukan ke arah memperoleh keamanan dan menjaga keselamatan berasaskan keadilan.
► Meningkatkan anggota perjuangan umat Islam agar ia dapat memelihara maruah , kemerdekaan dan hak asasi mereka daripada penindasan negara luar.
► Menimbulkan suasana yang secara tidak langsung akan lahirnya kerjasama dan kesefahaman antara kalangan negara anggota dengan negara lain.
3.0 KEANGGOTAAN OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kini terdiri daripada beberapa anggota iaitu sebanyak 55 orang anggota iaitu, Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia, dan Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoras, Djibouti, Mesir, Gabon, Gurnea, Gurnea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, Malaysia (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mauritania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan dan Yaman.
4.0 PERANAN MALAYSIA TERHADAP OIC
Malaysia telah banyak memainkan peranan yang penting yang memberi impak yang positif dalam setiap aktiviti OIC. Misalnya :
● Malaysia menghulur bantuan dari segi makanan kepada mangsa perang di Bosnia Herzegonia yang memerlukan bantuan akibat serangan Serb.
● Malaysia juga turut menghantar sepasukan tentera untuk ke Bosnia Herzegonia bagi membantu pasukan tentera Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1994.
● Malaysia turut memberi sumbangan yang besar seperti biasiswa kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan gabungan kerjasama OIC.
● Malaysia turut menyokong pelbagai aktiviti dan pembangunan Islam ( Islamic Development Bank- IDB) di sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada tahun 1995.
● Malaysia juga turut menganjurkan pelbagai persidangan antara negara-negara Islam dari semasa ke semasa. Hal ini demikian merupakan usaha perantaraan yang dilakukan bagi menyelesaikan konflik antara Iran dan Iraq.
● Pada Ogos 1988, terdapat sepasukan 15 pegawai tentera telah mengambil bahagian untuk menyertai pasukan tentera pemerhati Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
● Malaysia juga sentiasa memberi sokongan kepada pejuang rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestin Leberation Organisation-PLO)
● Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia berkenaan persoalan Palestin yang diadakan di Kuala Lumpur pada Mei 1983
● Perjuangan Mujahudin Afghanistan terhadap Rejim Qabul yang dibantu oleh tentera Russia sejak 1978 disokong oleh Malaysia.
● Pada 1984, Malaysia membernarkan Mujahidin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur.
● Sidang Kemuncak OIC kesepuluh telah diadakan oleh Malaysia di Putrajaya pada 16 hinngga 19 Oktober 2003.
● Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipilih untuk mengetuai OIC.
● Cadangan aturan pembayaran perdagangan berasaskan dinar emas telah diimbangkan sebagai langkah bagi urusan perdagangan di negara anggota.
● Dialog telah diadakan oleh Malaysia dengan budaya tamadun lain.
● Malaysia menggalakkan perdagangan dan pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data.
● Malaysia juga dapat meningkatkan kerjasama negara anggota dalam teknologi maklumat.
● Malaysia menjadi penganjur kepada Sidang Antarabangsa Ketiga Dialog Barat –Islam.
● Tertubuhnya forum ekonomi Islam Sedunia yang merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan khususnya antara negara OIC.
5.0 SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PENUBUHAN OIC
Semasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), terdapat pelbagai pencarian maklumat mengenai sumbangan yang telah Malaysia lakukan dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara-negara OIC yang terlibat. Malaysia juga sering terlibat dalam anjuran persidangan OIC dan menyokong kempen seperti Projek Bank Pembangunan Islam. Seterusnya, negara kita iaitu Malaysia telah banyak memainkan peranan yang penting dalam usaha perantaraan seperti menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. Pada Ogos 1998, genjatan senjata antara Iran-Iraq telah dibuat terhadap sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia yang menjadi pasukan pemerhati kepada PBB. Di samping itu, Malaysia juga menjadi penyokong yang tegar terhadap perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tanpa henti.
Di samping itu, negara kita juga pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia berkenaan persoalan Palestin yang diadakan di Kuala Lumpur pada Mei 1983. Selain itu, Malaysia juga sering menyokong rakyat Palestin yang menentukan nasib mereka dan menginginkan hak untuk negara mereka merdeka dan berdaulat. Malaysia juga membantu dalam memperjuangkan penyerahan Arab yang diambil oleh Israel. Tambahan pula, negara kita juga ada menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang telah dibantu oleh tentera Russia sejak tahun 1979. Oleh itu, Malaysia membenarkan Mujahidin membuka pejabat perwakilannya di Kuala Lumpur pada tahun 1984. Selepas itu, Malaysia juga memperjuangkan konflik politik secara aman di Afghanistan iaitu rakyatnya diberi peluang untuk memilih kerajaan mereka sendiri.
Rentetan daripada itu, Malaysia juga terlibat dalam siding pertemuan para pemimpin negara Islam (OIC) yang pada masa tersebut telah banyak menyuarakan banyak persoalan. Malah, Malaysia amat menegaskan tentang persoalan politik ini memberi impak yang besar seperti untuk menangani permasalahan tersebut. Sebagai contoh, isu senjata nuclear sehingga kini terus dijadikan alasan untuk melepaskan Amerika Syarikat untuk mengambil alih semuanya. Meskipun, Amerika Syarikat bersikap angkuh apabila ingin menyekat pembangunan teknologi nuclear di negara kita, tetapi ia tetap membiarkan kuasa-kuasa besar mereka seperti Perancis, Britain, Russia, China dan Israel untuk menguji senjata nuclear mereka terhadap negara yang tidak bersalah.
Akhirnya, sehingga kini , Amerika Syarikat sentiasa bimbang apabila munculnya kuasa-kuasa nuclear baru yang dilihat akan secara tidak langsung akan mengancam kemegahan Amerika Syarikat dan Israel. Pada waktu itu, Amerika Syarikat terus tidak mengalah lalu menekan Iran supaya terus menggunakan isu nuclear ini. Bukan itu sahaja, di Iraq juga perkara ini berulang, seperti Amerika Syarikat menyebarkan ura-ura bahawa Baghdad mempunyai senjata pemusnah tetapi sehingga kini ura-ura tersebut tidak lagi dapat dibuktikan. Oleh itu, kita sewajarnya berganding bahu untuk menyuruh para pemimpin umat Islam untuk mengambil tindakan sewajarnya agar isu-isu terhadap penindasan umat Islam di Palestin, Kashmir Selatan,Thai, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chehnya, Bosnia dan lain-lain dapat dibaikpulih semula secara sediakala.
6.0 STRUKTUR INSTITUSI
Tiga badan
utama dalam Penubuhan Persidangan Islam (OIC)
1) Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara Kerajaan OIC
2) Persidangan Menter-Menteri Luar OIC
3) Sekretariat OIC
7.0 SIDANG KEMUNCAK
KETUA-KETUA NEGARA
DAN KERAJAAN OIC
Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara
dan Kerajaan OIC merupakan satu badan pembuat keputusan yang tertinggi bagi
OIC. Sidang kemuncak ini telah dijadikan forum kepada para pemimpin dunia Islam
yang ditugaskan untuk menilai perkembangan yang berlaku di setiap negara-negara
Islam. Malah, di peringkat antarabangsa yang berkenaan perspektif Islam. Selain
itu, forum tertinggi bagi OIC juga ditubuhkan untuk mengaturkan strategi bagi
melaksanakan dasar serta tindakan ke
arah mencapai matlamat yang diterapkan.
8.0 PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI LUAR OIC
Penubuhan Persidangan Islam (OIC) juga
mempunyai badan pembuat keputusan yang tertinggi, antarannya ialah Persidangan
Menteri Luar OIC. Pada mesyuarat yang dilangsungkan, para mennteri luar negara
anggota ditugaskan untuk membincangkan tentang keadaan sosio ekonomi di dunia
Islam serta hubungan ekonomi yang dihubungkan antara negarra-negara Islam dan
negara bukan Islam turut dibincangkan. Selain itu, mereka juga dikhaskan untuk
membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan
lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan di dalam kalangan negara anggota.
Tambahan pula, mereka juga akan meluluskan pelan tindakan yang diwujudkan
bersama kea rah kemajuan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara
anggota.
9.0 KESIMPULAN
10.0 LAMPIRAN
VIDEO TENTANG OIC
11.0 RUJUKAN
11.0 RUJUKAN
4) Buku Pengajian Malaysia (POLITEKNIK)
5) Buku Sejarah SPM
No comments:
Post a Comment